Wednesday, 24 February 2016

NAMA PRODUK : JEM MANGGA


JEM MANGGA


 Inovasi Produk:
“jem mangga” ialah inovasi daripada buah-buahan tempatan yang direka cipta menjadi jem sebagai perasa dalam sesebuah makanan. Kelebihan yang ada pada produk jem mangga ini ialah mempunyai kandungan yang baik, mampu memberikan rasa keenakkan dan makan seimbang dalam kehidupan sihat pada masa kini. Selain itu, produk jem mangga mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana kami menghasilkannya 100% daripada isi aslinya dalam menghasilkan produk ini. Oleh itu, kami tidak menggunakan bahan tiruan seperti perwarna dan perasa tiruan. Rasanya yang manis dan tekstur yang lembut menambat dalam selera pengguna untuk merasai kelazatannya.

Kelebihan Produk:

1.      Mudah dibawa kemana sahaja.
2.      Menggunakan bekas yang berkualiti dan kedap udara.
3.      Menggunakan 100% isi asli buah manga tempatan tanpa bahan pewarna dan perasa tiruan.
4.      Lebih tahan lama dan berkualiti.
5.      Boleh dimakan begitu sahaja.



Strategi Pemasaran


Promosi :
Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh syarikat kami untuk memperkenalkan atau mengembangkan perniagaan produk jem mangga kepada pasaran adalah :-
1)      Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.
2)      Memberikan profil perniagaan kepada bakal-bakal pelanggan besar seperti syarikat-syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.
3)      Mengedarkan pamphlet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti di stesen LRT, bas dan sebagainya.
4)      Memasang banner sebagai salah satu untuk mempromosi pelancaran/pembukaan perniagaan kami.
5)      Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.

Harga :
Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran. Harga seunit:  RM 4.50 seunit.


Tempat :

Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu seperti berhadapan dengan jalan, kawasan taman perumahan, berdekatan dengan pasaraya dan kawasan yang ramai pengunjung. Perniagaan yang terdapat di sekitar kami menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik juga.

Produk :

Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan harganya. Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

No comments:

Post a Comment