NAMA PRODUK : CHEESEKUT
Inovasi Produk :
1)
Mengubah
cara pemakanan sihat dengan mencampurkan kepingan-kepingan biskut bersama cream
cheese
2)
Biskut
diselang selikan dengan cream cheese agar cheesekut tersebut mempunyai rasa
yang sedap.
3)
Untuk
menarik perhatian pembeli, kami meletakkan colour rice sebagai topping cheesekut
tersebut.
4)
Kami
menggunakan pembungkusan secara lutsinar agar produk kami lebih Nampak menonjol
dan menarik perhatian pembeli.
Kelebihan Produk :
1)
Cheesekut
ini sangat mudah disediakan dan mengambil masa yang sangat singkat untuk
dihasilkan.
2)
Pembungkusan
yang kecil memudahkan produk untuk dismipan
dan dibawa ke mana-mana sahaja.
3)
Cheesekut
ini boleh dinikmati oleh semua golongan usia tidak kira tua atau muda dan
harganya adalah mampu dimiliki oleh semua pembeli.
4)
Ia
juga berpotensi untuk dipasarkan secara meluas kerana kewujudannya telah
disedari oleh segenak lapisan masyarakat.
Strategi Pemasaran :
Cheesekut merupakan pencuci mulut yang
sesuai diambil ketika santai-santai, cheesekut dipasarkan dengan harga rm2.50
satu unit kepada para pelajar dalam kampus di Universiti Putra Malaysia.
Cheesekut dipasarkan menggunakan pembungkusan lutsinar, supaya kuantiti dan
kandungannya terjamin dari segi rasa dan tekstur.
Promosi :
1)
Mengedarkan
pamplet dan menampal poster di tempat laluan orang dan kunjungan ramai seperti pasaraya, terminal bas,
laluan berjalan kaki dan banner di sekitar tepi jalan.
2)
Mengadakan
iklan di laman web dan blog.
Harga :
1)
Penetapan
harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah
berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran
iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.
2)
Harga seunit bagi cheeskut ini adalah :
·
1 bekas RM2.50 ( dalam kampus UPM)
·
1 bekas RM4.00 (luar dari kampus )
Hal ini kerana produk ini
dikeluarkan dari pelajar sendiri dan mengenakan harga yang berpatutan
supaya pelajar dapat membeli dan merasa
kenikmatan cheesekut kami ini. Bagi luar
dari kampus, kami menjual RM4.00 untuk 1 bekas kerana kos penghantaran kami
akan mengambil kira sebagai contoh kos minyak petrol.
Tempat :
Secara umumnya,
cheesekut ini dipasarkan disekitar Kolej Sri Rajang, Kampus Bintulu Sarawak.
Penjualannya hanya kepada para pelajar dan staff upm. Selain itu, ianya juga
dalam cadangan untuk dipasarkan diluar Kampus Bintulu, Sarawak.
Produk :
Produk yang syarikat kami hasilkan lebih
tertumpu kepada industri pengeluaran makanan. Antara salah satu daripadanya
ialah cheesekut yang mendapat sambutan yang agak meluas dalam kalangan
pelanggan.
No comments:
Post a Comment