Wednesday, 24 February 2016

 NAMA PRODUK : DURIAN FRITTERS

DURIAN FRITTERS

Inovasi Produk :
1)      Menghasilkan jemput-jemput menggunakan buah durian.
2)      Hasil campuran buah durian dan potongan bawang dapat mengurangkan bau dan rasa durian. Ini bertujuan untuk sesiapa yang tidak suka makan buah durian dapat mencuba produk kami ini.
3)      Jemput-jemput yang disalut dengan coklat cair ditambah potongan keju diatas.
4)      Menghasilkan pulut yang dicampur dengan hasil isi durian yang akan menjadi seperti pulut yang bersalut isi durian.

Kelebihan Produk :
1)      Penghasilan jemput-jemput yang pertama berperisa durian ditambah dengan coklat cair dan keju.
2)      Memberi peluang kepada sesiapa yang tidak suka makan buah durian agar dapat menikmati rasa durian dengan mencuba produk ini.
3)      Mampu memperluaskan lagi pasaran produk ke seluruh negara.
4)      Mampu bersaing dengan produk sedia ada kerana produk kami ini yang pertama di Malaysia.

Strategi Pemasaran :
Pada hari biasa kami hanya akan mengeluarkan 80-100 biji/hari. Kami akan meningkatkan jumlah pengeluaran sekiranya kawasan tersebut mendapat permintaan yang lebih daripada pelajar UPMKB atau penduduk sekitar Bintulu. Produk kami akan di hantar ke pasar raya berhampiran, restoran-restoran disekitar bandar Bintulu ini.

Promosi :
1)      Mengedarkan pamplet dan menampal poster di tempat laluan orang dan kunjungan    ramai seperti pasaraya, terminal bas, laluan berjalan kaki dan banner di sekitar tepi jalan.
2)      Mengadakan iklan di laman web dan blog.

Harga :
1)      Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.
2)      Harga seunit bagi durian fritters ini adalah :
·         4 biji RM1 ( dalam kampus UPM)
·         3 biji RM 1 (luar dari kampus )
Hal ini kerana produk ini dikeluarkan dari pelajar sendiri dan mengenakan harga yang berpatutan supaya  pelajar dapat membeli dan merasa kenikmatan durian fritters kami ini.  Bagi luar dari kampus ,kami menjual RM1 untuk 3 biji kerana kos penghantaran kami akan mengambil kira sebagai contoh kos minyak petrol.

Tempat :
Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan besar dan bersebelahan dengan pasaraya, bank, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik.

Produk :

Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan harganya. Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatan sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

1 comment:

  1. Las Vegas' $2B resort casino opens today - Dr.MCD
    The Las Vegas' first major 거제 출장안마 casino has opened in more than two decades, 사천 출장샵 and it will remain open 24 hours a 창원 출장샵 day, until 경주 출장안마 the 공주 출장안마 Las Vegas Strip

    ReplyDelete