NAMA PRODUK : DURIAN FRITTERS
 |
DURIAN FRITTERS |
Inovasi Produk :
1)
Menghasilkan
jemput-jemput menggunakan buah durian.
2)
Hasil
campuran buah durian dan potongan bawang dapat mengurangkan bau dan rasa durian.
Ini bertujuan untuk sesiapa yang tidak suka makan buah durian dapat mencuba
produk kami ini.
3)
Jemput-jemput
yang disalut dengan coklat cair ditambah potongan keju diatas.
4)
Menghasilkan
pulut yang dicampur dengan hasil isi durian yang akan menjadi seperti pulut
yang bersalut isi durian.
Kelebihan Produk :
1)
Penghasilan
jemput-jemput yang pertama berperisa durian ditambah dengan coklat cair dan
keju.
2)
Memberi
peluang kepada sesiapa yang tidak suka makan buah durian agar dapat menikmati
rasa durian dengan mencuba produk ini.
3)
Mampu
memperluaskan lagi pasaran produk ke seluruh negara.
4)
Mampu
bersaing dengan produk sedia ada kerana produk kami ini yang pertama di
Malaysia.
Strategi Pemasaran :
Pada hari biasa kami hanya akan
mengeluarkan 80-100 biji/hari. Kami akan meningkatkan jumlah pengeluaran
sekiranya kawasan tersebut mendapat permintaan yang lebih daripada pelajar
UPMKB atau penduduk sekitar Bintulu. Produk kami akan di hantar ke pasar raya
berhampiran, restoran-restoran disekitar bandar Bintulu ini.
Promosi :
1)
Mengedarkan
pamplet dan menampal poster di tempat laluan orang dan kunjungan ramai seperti pasaraya, terminal bas,
laluan berjalan kaki dan banner di sekitar tepi jalan.
2)
Mengadakan
iklan di laman web dan blog.
Harga :
1)
Penetapan
harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah
berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran
iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.
2) Harga seunit bagi durian fritters
ini adalah :
·
4 biji RM1 ( dalam kampus UPM)
·
3 biji RM 1 (luar dari kampus )
Hal ini kerana produk ini
dikeluarkan dari pelajar sendiri dan mengenakan harga yang berpatutan
supaya pelajar dapat membeli dan merasa
kenikmatan durian fritters kami ini. Bagi
luar dari kampus ,kami menjual RM1 untuk 3 biji kerana kos penghantaran kami
akan mengambil kira sebagai contoh kos minyak petrol.
Tempat :
Lokasi
premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan besar dan
bersebelahan dengan pasaraya, bank, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti
perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai
tumpuan pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik.
Produk :
Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan
setara dengan harganya. Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa
ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatan sentiasa kekal kompetitif dan
diterima pelanggan.